CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, January 4, 2009

kamu lahir berapa haribulan..?

Rahsia Diri Pada Hari Anda Dilahirkan...

1 hb.
Kamu seorang yang tidak tetap pendirian terutamanya dalam soal cinta. Kadangkala, pilihan yang kamu buat itu bukanlah yang terbaik. Sebab itu cinta kamu mudah beralih arah bila terasa tidak wujud keserasian.

2 hb.
Berbeza dengan mereka yang dilahirkan pada 1hb, kamu yang dilahirkan pada 2hb cukup tegas orangnya dan keputusan kamu sukar digugat termasuklah soal cinta.. Sekali kamu mengatakan tidak, tidak siapa yang mampu mengubahnya.

3 hb.
Kamu seorang yang cukup bersemangat dalam menjalani kehidupan. Kamu memerlukan cinta dalam hidup namun sikap kamu yang seolah tak endah dan sukar untuk meluahkan apa yang kamu rasa membuatkan kamu segan untuk didekati.

4 hb.
Dikatakan kamu yang dilahirkan pada 4hb ini terlalu suka mengikut perasaan dan kata hati. Sebab itulah, tidak hairan bila kamu sering tersilap membuat keputusan yang kadangkala kamu sendiri kesali. Selalu saja cinta kamu hinggap pada tempat yang salah.

5 hb.
Awas ! Kawal perasaan cemburu yang kamu miliki itu kerana ia boleh memburukkan diri kamu sendiri. Namun kebaikan kamu, bersifat pelindung kepada orang-orang yang kamu sayangi.

6 hb.
Kamu disukai ramai kerana personality kamu yang cukup menarik hati. Tidak hairanlah bila ramai yang cuba menawan hati kamu. Walaubagaimanapun, bagi kamu banyak lagi perkara penting selain cinta.

7hb.
Kamu seorang yang "happy go lucky"dan gemar berseronok. Namun sikap kamu yang agak berhati-hati dalam memilih teman membataskan pergaulan kamu. Begitu juga soal percintaan. Kamu ni pemilih sangat!

8 hb.
Kamu seorang yang romantis. Wah! Beruntungnya siapa yang menjadi pasangan kamu nanti. Namun kamu mementingkan cinta sejati bukannya nafsu semata-mata saja.

9 hb.
Nampaknya kamu ni seorang yang amat menjaga personaliti dan keterampilan diri di mata orang ramai. "Maintain Vouge" memanjang! Dalam soal cinta, sudah tentu kamu ingin yang setaraf juga.

10 hb.
Kamu yang dilahirkan pada tarikh ini seorang yang sangat mementingkan keluarga daripada segala-galanya di dunia ini. Kamu gembira dalam keriuhan keluarga yang besar. Namun sikap ini kadangkala membuatkan buah hati terasa diri terpinggir.

11 hb.
Nampaknya kamu ni seorang yang amat berdisiplin dalam mengatur kehidupan kamu seharian. Sebab itulah, kamu juga mengharap si dia juga bersikap demikian. Namun, tidakkah kamu terfikir, kadangkala hidup ini terlalu boring bila terlalu mengikut peraturan ???

12 hb.
Kamu seorang yang setia dalam perhubungan. Sekali kamu memberikan komitmen, selamanya kamu akan setia. Namun jangan tak tahu, ramai yang menaruh minat padamu walaupun tahu kamu sudahpun berpunya.

13 hb.
Kamu seorang yang sering berfikir ke arah yang positif sahaja. Sebab itulah kamu disukai ramai. Namun dalam masa yang sama, kamu sering tunduk dan tidak tahan dengan tekanan. Dari segi hubungan cinta, kamu amat pandai menjaga perhubungan.

14 hb.
Hebat! Bagi kamu, karier / pelajaran adalah segalanya dalam hidup. Sebab itulah kamu tidak menerima mana-mana huluran cinta daripada sesiapa. Cinta dan perkahwinan adalah perkara terakhir dalam senarai hidup kamu.

15 hb.
Kamu yang dilahirkan pada tarikh ini suka mengubah keputusan kamu secara tiba-tiba. Namun apabila kamu membuat keputusan, kamu akan terus bertindak. Punca pergaduhan antara kamu dan si dia, sikap kamu ini yang suka membuat tindakan 'last minutes'.

16 hb.
Kamu ini seorang yang moody rupanya?? Sekejap mood kamu okey dan sekejap pula kamu marah-marah. Ini membuatkan tekanan dan si dia boring dengan sikap kamu itu. Cuba kawal sikit.

17 hb.
Kamu lebih suka menjaga hati orang lain berbanding hati kamu sendiri. Namun sikap penting yang kamu tonjolkan membuatkan orang tidak tahu perasaan sebenar kamu.

18 hb.
Kamu ini sangat perahsia orangnya lebih-lebih lagi soal perasaan dan cinta. Kamu lebih suka memendam perasaan hingga mendatangkan tekanan pada diri kamu. Dalam perhubungan cinta, mereka sukar untuk melafazkan kata sayang.

19 hb.
Kamu bersikap berhati-hati dalam setiap apa yang kamu lakukan termasuklah menjalinkan perhubungan cinta. Biasanya kamu lebih suka mulakan persahabatan sebelum menjadi serius.

20 hb.
Kamu ini terlalu banyak permintaan. Ada sahaja yang kamu inginkan. Sebab itulah sering timbul pergaduhan dengan si dia bila kamu asyik minta itu dan ini. Kamu sepatutnya tengok dulu kemampuan si dia !!!

21 hb.
Sikap kamu yang cool, tenang dan seolah tak kisah membuatkan orang lain 'ambil mudah' terhadap diri kamu. Begitu juga si dia. Lebih baik kamu berterus terang jika ada perbuatan si dia yang kamu tidak suka sebelum terlambat.

22 hb.
Kamu yang lahir pada tarikh ini seorang yang amat bercita-cita tinggi dan mempunyai impian hidup sendiri. Dalam soal cinta, kamu akan memilih seseorang yang kamu akan rasa selamat bila berada di sampingnya.

23 hb.
Sikap kamu yang kelakar dan riang membuatkan orang suka mendampangi kamu. Malangnya kamu sering terasa bosan bila berada disamping teman-teman dan si dia . Jangan begitu, kadangkala kita perlu serius dalam hidup.

24 hb.
Kamu seorang yang mementingkan diri sendiri. Dalam perhubungan cinta, kamu terlalu takut dilukai hingga membuatkan kamu bersifat mengongkong si dia.

25 hb.
Bila menyentuh soal cinta, kamu sukar mempercayai lelaki / perempuan yang bagi pendapat kamu ramai yang lebih suka mempermainkan kaum sejenis kamu. Kalau tak mencuba, bagaimana nak tau, kan !!!!

26 hb.
Kamu harus ubah sikap kamu yang dikatakan tidak serius dalam perhubungan yang dijalinkan. Malah kamu lebih mementingkan keseronokan saja??

27 hb.
Kamu sukar untuk menaruh kepercayaan kepada orang lain walaupun kekasih kamu sendiri. Tak baik wasangka !!!!!

28 hb.
Kamu suka diri kamu menjadi perhatian ramai di kalangan teman-teman. Namun kadangkala di dalam keghairahan bila mejadi tumpuan, kamu meminggirkan si dia tanpa disedari.

29 hb.
Kamu tidak akan menjalinkan sebarang komitmen dengan sesiapa sahaja selagi kamu tidak puas hati dengan apa yag kamu miliki.

30 hb.
Kamu seorang yang keras kepala. Ini juga punca pergaduhan kamu dengan si dia kerana kamu sukar untuk beralah.

31 hb.
Terlalu banyak yang kamu impikan dalam hidup. Jangan begitu, hargai apa yang kamu miliki sekarang termasuk si dia yang setia !!!

jangan percaya sangat k,tapi aku 29hb,dan ape yg di tulis sangat betul.tahniah kepada sesiapa yang buat kajian nie.wakakakaka...

ada aku kisah...?

tak kot!

26 komen:

RY said...

24 hb.
Kamu seorang yang mementingkan diri sendiri. Dalam perhubungan cinta, kamu terlalu takut dilukai hingga membuatkan kamu bersifat mengongkong si dia.

tak lah

eh ye kot

tak lah ~ lalalala

ceri masam said...

22 hb.
Kamu yang lahir pada tarikh ini seorang yang amat bercita-cita tinggi dan mempunyai impian hidup sendiri. Dalam soal cinta, kamu akan memilih seseorang yang kamu akan rasa selamat bila berada di sampingnya


haahahahahah! betullah kot! tapi kalau nak kata bercita2 tinggi, tak sangat kot! hehehe

H said...

7hb.
Kamu seorang yang "happy go lucky"dan gemar berseronok. Namun sikap kamu yang agak berhati-hati dalam memilih teman membataskan pergaulan kamu. Begitu juga soal percintaan. Kamu ni pemilih sangat!


owh, ini adalah sangat benar.
sangat-sangat-sangat-sangat benar especially dalam memilih teman a.k.a bofren @ future husband.
:)

Anonymous said...

aku suka mengongkong.
cube teka aku lahir haribulan brapa?

hehe.

BudAk hijAu said...

razor
~ko nie ye ke x...??aku rse ye..k,kn,kn..?hahahahaaaa..

one love
~cita2 anda ukur guna ape?inci,kaki,meter..? :P

cik kenit
~sangat-sangat-sangat-sangat benar
nie mmg benar melainkan yg benar2 belaka nie..

dloz
~aku teka ko 24hb..kn,kn,kn..????

bokbon said...

gua yang 23 tu, tapi bukan macam gua pun. heh.

BudAk hijAu said...

lu mmg xluck lah bokbon...
aku sebijik dowh..hahahahah...

Anasir said...

aku rasa aku sama ngan diloz..

BudAk hijAu said...

nasir
~awk pown 24hb kew..??

fadzil hafiz said...

boleh percaya ke ni?

~tetiba gua rasa takut!apahal?

Siti Syawal said...

19 hb..betul betul betul

Pekerja Kontrak said...

26 hb.
Kamu harus ubah sikap kamu yang dikatakan tidak serius dalam perhubungan yang dijalinkan. Malah kamu lebih mementingkan keseronokan saja??


*ni mcm tak betul je.....

Hajime said...

tipu2...

Yuyun said...

9 hb.
Nampaknya kamu ni seorang yang amat menjaga personaliti dan keterampilan diri di mata orang ramai. "Maintain Vouge" memanjang! Dalam soal cinta, sudah tentu kamu ingin yang setaraf juga.

*erk..sama sekali tidak..saya seorang yang sememeh..+)

Anonymous said...

hey i dont understand your language.Butanyways i found your blog so cute...keep rocking like this.

Anonymous said...

Hey you sound good.so what i have done is that i have added your blog link to my blog.so friend you also add my link to your blog.let us share our experiences....ok friend see you in the next post bye takecare.

faraeira said...

10 hb
Kamu yang dilahirkan pada tarikh ini seorang yang sangat mementingkan keluarga daripada segala-galanya di dunia ini. Kamu gembira dalam keriuhan keluarga yang besar. Namun sikap ini kadangkala membuatkan buah hati terasa diri terpinggir.

kesian buah hati aku.ish.haha.patutla aku xde buah hati.(hahaha =p)

eh,aku dah pindah sini:
http://orkedbisikbisik.blogspot.com/

Fiziy said...

eh, mcm betul je. aku kene berubah fikiran ni. HUHU

tp partner aku setia. camtu takyah ar. kite berseronok la.. HAHA

Anonymous said...

aku 11hb.
DISIPLIN? AKU? HAHH. memg tak aah.
ahahaha

encik adi said...

cih aku 23hb. dan aku benci bila benda tipu ni jadik amat-amat tepat! cih!

Paan Ovrtd said...

"4 hb.
Dikatakan kamu yang dilahirkan pada 4hb ini terlalu suka mengikut perasaan dan kata hati. Sebab itulah, tidak hairan bila kamu sering tersilap membuat keputusan yang kadangkala kamu sendiri kesali. Selalu saja cinta kamu hinggap pada tempat yang salah." - ayat last tu... aduuuhh!

wanita mutalib said...

6 hb.
Kamu disukai ramai kerana personality kamu yang cukup menarik hati. Tidak hairanlah bila ramai yang cuba menawan hati kamu. Walaubagaimanapun, bagi kamu banyak lagi perkara penting selain cinta.

pergh..
macam takder orang nak menawan hati wa pun hee..

dah la gemuk, pendek, pakai cermin mata besar, gigi sumbing...

tak menawan langsung.. hahahahaha..

*kata-kata itu untuk wanita - tiada kena mengena dengan orang lain yang masih hidup atau sudah meninggal dunia*

^__^

izt said...

17 hb.
Kamu lebih suka menjaga hati orang lain berbanding hati kamu sendiri. Namun sikap penting yang kamu tonjolkan membuatkan orang tidak tahu perasaan sebenar kamu.

ok mungkin dedulu aku camtu kot.sikit.haha.tp skang x dah kot?sbb rasanya skang ni mulut aku laju ja mengata apa yg aku x puas ati?(dan bilangan insan2 yg meluat kat aku dh turut bertambah.haha.)

Tny said...

Fuyooh! Sy pulak 8hb
Sibbaik okey je.. =)

syura-suka-buang-hati said...

aku sama dgn Izu Ting Ting..

da naterel cenggitu.sebab tu aku ni psycho sikit.try la kalu mau~

syura-suka-buang-hati said...

oppss!!luper la..
aku suka blog kamu, jadik tanpa kebenaran kamu,aku da add link kamu kat blog aku.aku baru blajar nak menerap kat blog siber ni, so pepaham je la kalu ade sikit mende yg macam haprak aite??!