CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, August 26, 2009

gejala kurang moral!

sakit kepala,sampai ke mata,pastu turun ke gigi,naik balik ke telinga.oleh yang demikian,rambut aku dah botak kat tengah sebab asik tarik rambut.dah ada bonjol-bonjol di kepala sebab hantuk kepala di dinding.sekian.

tak yah cakap.aku tau.aku memang banyak penyakit.dah depa suka.nak buat macam mana.

aku dah tau apa nama penyakit di atas.migrain.cilakak!3 hari berturut-turut dia serang aku.

dan harini hilang.aku syak la kn.sebab gaji aku dah masuk kot.aku syak la.tapi,macam tidak syak lagi je.sirius weh.hilang dowh.

tapi.gejala di atas mungkin akan datang balik 2,3 hari lagi.sebab cuti aku tak approve lagi untuk raya ni.aku tak tau berapa hb aku nak balik.dan tak tau nak balik ngan apa.

oleh itu.sah gejala kurang moral di atas akan serang aku balik.mari berdoa supaya dapat cuti.

semalam aku kol mak aku.tanya dia masak ape.pastu kan.aku rasa macam nak balik kampung time tu jugak.jangan tanya pasai apa.haih!!!!

p/s-baju raya tahun ni kaler hijau lagi.tapi mak aku cakap die dah buat sepasang kaler pink.sumpah rasa nak pitam aku dengar.

Friday, August 21, 2009

Amaran keras!

hikayat sebelum puasa di esok hari.

2,3 hari ni,hari-hari aku beli buah mata kucing.apakah maknanya?

1st time aku sambut puasa bukan ngan mak aku.tahun lepas aku tak ingat.tak kira,nak cakap 1st time jugak.

sakit kepala,sampai ke mata,pastu turun ke gigi,naik balik ke telinga.kronikkan?hell sangat.

macam tak pecaya je esok dah puasa.betul ke weh?esok kalau terlupa boleh di maapkan kan,kan,kan?

jap.aku lupa puasa aku dah berganti ke belum.dah kot!KOT!korang?kot jugak ke?

ada sape-sape nak belikan aku baju raya?

kalau ikot scdule,raya kedua aku kena kerja.esok jugak aku apply cuti.gila ke ape nak keja.nages mak aku weh.gempa bumi takde kot time-time raya.kan?

AMARAN KERAS : jangan lupa mandi wajib!!!

SELAMAT BERPUASA KEPADA SEMUA YANG BACA BLOG AKU.MASEH!


P/S-jom buka puasa sama-sama weh!!

Monday, August 17, 2009

Naik Hantu!!

kalau tengok kat tajuk.yaaa..aku bersama dila raden naik hantu semalam.start naik hantu bila Bunkface start perform.dan bertambah naik hantu bila bila sam bagi picks gitar die kat dila.dem.aku tak sempat.tangan dila panjang weh.tapi..aku pon dapat 1 dari band tak cukup seringgit.cari la sendiri band apa.ok2.aku bagi tau.One Buck Short.maseh lah kat bassist dia.korang memang best.buat aku turun 5kg.dah lama tak berkecimpung dalam dunia gig.nampaknya aku maseh boleh perform dengan bagus.

sebelum tu.sepetang bersama club awie menonton farid the geng "The Radios" perform.tapi tak dapat nak lompat-lompat sebab maseh cerah.malu kot aku.hahaha.banyak kot band perform dari petang sampai malam.kalau nak list.ampai esok tak habis.ok.tipu.malas nak tulis.kat sini pon ada cerita pasal petang semalam.sila klik.sini.dan sini.

pic semalam diorg tak upload lagi.dem lambat.tengok kat fb sudah lah.ni pic petang.aku belum kurus.

fan club awie.cari di mana awie!

Band tak cukup seringgit.

One Buck Short.rock bebeh!!

The Pocket..klu tak salah aku la...sumpah aku lupa dowh!

with sam Bunkface..yeaaaaaah!!

vivi,masri,dila,pett aka awie,dani,beeha,emma,faiz dan adik beeha.aku dah kurus.

p/s-macam banyak je perkataan kurus.semoga menjadi kenyataan.hahahaha.cilakak!

Wednesday, August 12, 2009

sedang berperang!

bila aku lambat update entri maknanya ada yang tak kena.yang tak kenanya kali ni.aku dalam misi berperang.berperang dengan demam.ya.demam.demam aku ni sewel sket aku rasa.lepas balik dr HKL haritu ada tanda-tanda nak ok.

tapi,lepas aku habis kerja malam je.demam aku datang balik.weh,12jam kot aku atas katil.tak bangun.tak makan.tak minum sementara tunggu housemate aku balik kerja.nak reply sms pon tak boleh.tak nampak tulisan.nampak berdouble je suma.sumpah aku tak penah rasa macam tu.

deman aku kejap ok.pastu datang balik.pastu ilang.pastu tree.didie cakap ni demam kus-kus.ade ke weh?yang aku tau kussss semangat ade la.kui3..

pastu ok la sket pas makan ubat dan bergelumang di bawah selimut yang tebal 6inci.ok.tipu.tak tau barapa inci.gila la weh.entri aku sekarang suma pasal sakit.ingat ni blog berpenyakit ke.ok2.stop.

tapi..wei...dah 41 orang kot mati kat malaysia.macam takde ape-ape tindakan je.ke ade tapi aku tak tau?ade ke weh...?yang aku tau 1 malaysia je.dem!

haaa..aku ade dapat 1 email mcm mana nak mengelak dari terkena virus ni.kena makan sekurang-kurangnya 6 biji epal hijau sehari or fresh orange.sile la datang melawat aku bawak benda-benda yang berkenaan ok.maseh.

pesanan kepada vivi.sile TAG pic aku di MASKARA di fb dengan serta merta.arigatogozaimas.

kepada semua yang sedang berperang dengan demam jugak.semoga korang suma tabah menghadapi dugaan.demam boleh menghapuskan dosa kecil.tapi aku mungkin banyak dosa besar.ok2,sile abaikan perkataan mungkin..

p/s-tak payah komen pasal deman lah.buhsan pulak aku!

Saturday, August 8, 2009

cerita seram semalam.

malam semalam aku dah pegi HKL.mau dekat 3 jam jugak la kan tunggu.almaklumlah kerajaan.tapi ok sket la dari hospital ampang.haritu aku hantar member aku.tunggu je dekat 4jam.pengsan 2,3 kali jugak la member aku tu.tu belom ambik ubat.cilakak kan...?kalau nak mati.memang mati dulu la.baru jumpa doktor.tah pape!

kat HKL.belom jumpa doc.baru jumpa MA dekat depan 2,die dah cakap ade simtom-simtom.gile cuak mase tu.pastu ape lagi.kena la buat blood test.tapi,alhamdulillah.selamat ok.selamat dari binatang haram tu.yahoooooo..

tapi.doc tu cakap kalau demam tak ok jugak.nanti datang lagi.tak pelah doc.bulan depan je.sonok-sonok jugak kan.tapi malaysia dah 13 orang kan mati?gile ape weh?ramai kot.gile terancam nyawa ngn virus ni.dulu bird flu pon takde la sampai macam ni.takde pape tindakan ke weh...?1 malaysia tak habis-habis.nak tunggu 1 malaysia kena dulu ke baru nk ambik tindakan?citpodah!

demam aku tak kebah-kebah lagi ni.tapi!jeng..jeng..jeng...semalam,lepas je dapat kol dari die.perghhh!rase kebah terus.tiba-tiba macam sihat.terus boleh pegi futsal.pegi jela.tak main pon.wat semak je.sape?tak yah la tau..tak yah!dok diam-diam.

incik razor makin aktif berblog nampak?perli gua ke beb?gua akan pastikan blog gua pon di kemaskini macam blog lu.hah!lu update,wa update.lu tak update pon wa update jugak.hahaha.

p/s-balik futsal kul 4:50am.lepak-lepak kat rumah dah kul 6.sekarang dah kat opiz!weh,wa tak tido lagi nie.apa macam?

Thursday, August 6, 2009

sumpah aku tak nak ade kaitan ngan kau la vavi!

tiba-tiba je en razor atau pon en pencukur mengepos entri.aku sudah tercabar.perli aku ke bai.maklumlah aku dah jarang post entri sekarang ni.bizi dow.bizi dengan kengkawan baru.selain kawan baik aku yang 3 serangkai 2,dah tambah lagi satu ni.selesema vavi.memang vavi la kan.

eh,cop-cop.aku belom di syakki.tapi aku suspek sendiri-sendiri la.sebab aku dah terjerumus dengan orang-orang yang di kuarantin selesema vavi ni.tapi sumpah aku tak nak ade kaitan ngn vavi dowh.sumpah tak nak.ok2.esok aku pi check.korang tak yah la nak marah.esok pagi-pagi sebelum subuh aku pi ambik no.panjang kot nak tunggu giliran.nak pi PANTAI mana nak cekau duit kan.PANTAI kot!

aku nak bercakap bab harapan la weh.boleh...?

harapan itu senjata paling merbahaya.itu kata wani ardy.sumpah aku setuju 800%.comform.sila jilat jari siapa yang setuju dengan aku.

dulu.tak de la lame sangat.tapi aku lupa bila.mak aku dah pesan jangan makan semut banyak sangat.sket-sket tak pe.tapi aku degil.tengok dah jadi ape.

kau datang bersama harapan (ayat macam skrip filem tak?hahahahha).walaupon kau tak cakap.tapi aku syak.aku syak je.silap aku kot.aku ingat kau datang....arghhh..malas pulak nak tulis.lain kali lah...

aku tnggu orang tu.orang yang nak propose aku tu.aku tunggu.

untuk kau.selamat bersama dia.

ok.tu je.

sekian.


p/s~aku nak baik kampung.klu kena kuarantin,boleh naik flight tak weh...?diorg cakap xboleh...uwaaaaa!!!

Tuesday, August 4, 2009

batuk sampai pengsan!

sekarang memang musim demam eh..?

H1N1 la bagai...dah 8 org mati...dengar cite kalau dah sampai 10 org malaysia istihar darurat.yeke weh...?takkan paper tipu lak kan.

semalam.tiba-tiba je demam secara mengejut.(aku mmg selalu demam pon).pastu batuk tahap gaban nak mati.

aku telan ubat batuk separuh botol.overdos siot.tido sampai pagi tadi.bangun pegi kerja.ingatkan dah ok.same je.vavi betol lah.

perlu ke aku overdos lagi..?perlu ke weh...?

sumpah rase nak balik kampung!


p/s~rase nak garu2 je tekak aku ni sampai terkuar anak tekak.haih!