CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, November 27, 2008

Cikgu Hensem Tahap Nak mati!!

Kalau di ikutkan hati,nak jew aku melompat turun ke bawah mencari ayam jantan yang mengada-ngada itu.Tak dapat di pijak2,cekik2 pown jadilah.Kerana ayam itulah segala2nya musnah.Punah.Kokokannya wat aku terjaga dari tido.Lama jugak aku terpinga2 di atas tilam tebal yang sangat empuk itu.Tanpa mengenyeh ngeyeh mata,aku try nak sambung tido balik dengan harapan mimpi indah tadi jugak akan turut bersambung.Tapi,hampeh!!Mata aku dah macam kena tongkat dengan kayu!!Cis~

Semuanya kerana ayam itu~

Cis~

Suara mak bising2 di bawah jugak menyekat aku untuk terus tido.Daripada gaya perbualan mak,aku tahu dia sedang berleter kat abang aku yang tido di depan tv menyebabkan dia tak boleh buat keja2 rumah.Heh~
Suara mak jugak menyedarkan aku tentang sesuatu.Cepat2 aku bangun mengeliat-ngeliat,mencampakkan selimut dan mencapai tuala.Mandi.
Masa turun tangga,hatiku tak habis2 menyumpah seranah ayam jantan yang berkokok pagi tadi.Pagi yang dingin2 dengan angin sepoi2 bahasa,tak kisah lah bahasa apa pown,hampir menyebabkan aku berpatah balik menyambung tido sekurang-kurangnya 10,20 minit lagi.Tiba2 aku tak sabar2 nak mandi,seperti seminggu dua kebelakangan nie.Masuk bilik dan bersiap2.

"Hang nak pi mana pagi2 buta nie?"Tanya mak sambil memegang penyapu.
"Nak pi sekolah la,mana lagi."Jawab aku.
"Sekolah apa hari2 Jumaat nie?"
Hari Jumaat?Aku menepuk dahi.

Kalaulah mak tak bagitau aku yang hari tu hari Jumaat,maka ramailah yang akan menyindir2 aku ketagih nak ke sekolah.Untuk pengetahuan semua,hari Jumaat sekolah bercuti untuk negeri kedah.Sekian.Dan kawan2 aku pulak sudah pasti akan berkata yang aku bukan ketagih nak ke sekolah,tapi ketagih nak tengok Cikgu Hensem tahap nak mati.Cikgu sementara kat sekolah aku pada ketika itu ok!Hahahahaha..

Sejak cikgu hensem 2 masuk ke sekolah aku,semangat aku berkobar2,macam orang tua dapat tongkat ali.Semangatnya agak lain macam.Dan kerana semangat itulah aku sering berharap biar suma murid diwajibkan bersekolah 24jam sehari,7 hari seminggu.Kalau peraturan tu tak boleh dikenakan keatas semua,dikuatkuasakan keatas aku dan cikgu itu pown jadilah.Hehehehe..

Tu cita zaman aku darjah 5 ok!!

Harharharhar...

11 komen:

orkedhana said...

hah.anak murid cmnila yang suke mngurat kitorang time praktikal kat sekolah.hehe ;D

BudAk hijAu said...

ngeeeee~
sapew srh cikgu 2 ensem sngt!!

Ajeem said...

kantoii betull...huahuaa..kampus dikedah pun cuti time jumaat lorr...kadang2 rasa best gak berbanding tempat sendiri disabah..i like it...ingatkan budak2 lg,sekali tgk dah besar rupanya dia ni..tua setahun dari sy lg...hehe..nice writing...darjah 5 dah pandai menggatai noo...

D said...

cikgu yang praktikal selalunya hensem2 kaaannn?

btw, thanks for dropping by at my blog.
:)

The Spiral Eyes said...

hey kamu..kamu sangat bertuah kerana aku ingin menjemput kamu ke parti buih sabun di blog aku..marilah kita menjadi follower diantara satu sama lain ya....

salam sayang

pengganti pasa sanda

Unknown said...

huish... engkau....

dapat ngorat tak?

zamrie said...

kalu ko budak hijau biar aku jadi budak unggu... aper pun salam kenalan.

John Doe said...

hoi..
darjah 5 pun lu dah advance ye.
gua darjah 5 ,masih layan kencing atas jalan tar sambil berlari.ramai2 masa balik skolah agama.

fadzil hafiz said...

sindrom yg common bg budak2 sekolah rendah, tol x?tp gua rase sek men pon ade gak yg begini...

BudAk hijAu said...

ajeem~sapa lg tua dr kamu??sapa2??ehek..darjah 1 pown dh start gatai2 kowt!!hehehehe..

dyana~2la pasai jatuh chenta!!kui3..

the spiral eyes~parti sabun?mau2.. :D

pendekar~DAPAT!caye x..?

zamrie~unggu violet kah...?salam kenal jugak..

john doe~point ko kat cni ko nak ckp ko pegi sekolah agama kn,kn,kn..?aku dh tau dh.. :D

padelkopak~betul2,aku sampai sekarang dok kena sindrom ni...harharhar...

Si Mata Hitam said...

homeroom teacher aku pun cool duh,
aku siap tknak dtg skola seminggu pastu bile dtg bt muke sakit dan die akan ckp.

"awak ok ke? lama tak dtg?"-dgn suara yg sgt slow.

ah. pengsan.

cuti lgik 4 ari.

hahaha.