CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, May 15, 2012

Pak Sanggup !


Kita selalu nak orang yang BOLEH ikot cara kita. Ok, salah, nak orang ikot cara kita. Eh, senang cerita semua nak ikot kita la. Kemahuan kita.

Kemahuan orang macam mana ? Orang luar lantak la. Maksud aku, orang yang dengan kita tu ? Partner kita. Tak kisah la kawan ka, kapel ka, tunang ka, bini ka. Orang pon ada cara hidup dia. Ada apa yang dia nak. Ada impian macam kita jugak. Betol ?

Contoh, kita ni bizi gila, maksud aku kerja yang menyebabkan kita bizi. Asik outstation ka. Kena kerja sampai malam ka. Kena standby 24jam ka. Apa apa jela yang berkaitan.

So, kalau nak kawen, kita akan tanya partner kita, “ u sangup ka nak kawen ngan i ? kerja i bizi, kadang kadang boleh jadi tak balik rumah 2 3 hari. Kalu balik kadang kadang dah pagi. U dah tidoq, u pi keja, i kat rumah, u balik, i dah kuaq pi keja. Sanggup ?"

Kalau kau ? Kau nak jawab apa ? Sedangkan kau dah sayang dia gila vavi neh, dah rasa dia la jodoh kau. Rasa jela, belom tentu lagi. Dah ready anytime ja nak kawen. Nak jawab apa ?

Sanggup ? GILA MENIPU !! OK, Memang la sanggup ! Sayang kan ? Tak nak kena tinggalkan ? SANGGUP ! Sekarang yela, nanti dah lama ? Mula la nak mengungkit, mula nak hangin satu badan, mula nak baling periuk belanga. Kan ? Tak payah tipu !

Ini bukan masalah paham ke tak paham. Memahami pasangan, ya, aku tau ! Tapi perempuan, dah bergelar isteri, apa yang kita kita perempuan ni nak ? Kasih sayang. Dan yang penting PERHATIAN ! Kan ? Mengaku cepat ! HAHA.

Aku tau kau bizi weh, kerja kau tak sama macam orang lain. Kena tak balik rumah 2 3 minggu, kena standby 24jam. Kalau balik dah pagi. Ya, aku tau. Aku paham. TAPI, kita ada 24jam satu hari ! Kau kena pandai bahagi masa kau kalau kau nak ada kerjaya, keluarga, bini, anak, dalam satu masa. 

Kalau kau rasa masa kau hanya untuk kerja kau, jangan cuba cuba nak tamak yang lain jugak.
Ok, maksud aku, tak salah nak bekerjaya, impian kau. Jangan bagi orang halang impian kau. Buat apa kau nak buat. Kejar sampai dapat. Tapi, jangan yang lain berciciran. Dan yang paling penting TANGJUNGJAWAB kau, jangan sesekali abaikan. Kalau tangungjawab kau abaikan. Apa yang kau kejar, kau kejar la sampai bila bila, tak kan dapat.

Aku tak tau apa point aku ! Ok ok aku tau ! Aku Cuma nak cakap, kalau kau bizi sekali pon, jangan abaikan orang yang kau sayang. ITU saja ! Takda point lain ! HAHAHA.

OKBAI.

5 komen:

VFN said...

aku cuma nak gelak.. HAHAHAHAHA

BudAk hijAu said...

cilakak !!!! kau bace apehal ?

HAHAHAHAHAHAHAHAHAHHAHAA

alif-mikail said...

ah.. tak sanggup..

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)