CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, May 15, 2012

Pak Sanggup !


Kita selalu nak orang yang BOLEH ikot cara kita. Ok, salah, nak orang ikot cara kita. Eh, senang cerita semua nak ikot kita la. Kemahuan kita.

Kemahuan orang macam mana ? Orang luar lantak la. Maksud aku, orang yang dengan kita tu ? Partner kita. Tak kisah la kawan ka, kapel ka, tunang ka, bini ka. Orang pon ada cara hidup dia. Ada apa yang dia nak. Ada impian macam kita jugak. Betol ?

Contoh, kita ni bizi gila, maksud aku kerja yang menyebabkan kita bizi. Asik outstation ka. Kena kerja sampai malam ka. Kena standby 24jam ka. Apa apa jela yang berkaitan.

So, kalau nak kawen, kita akan tanya partner kita, “ u sangup ka nak kawen ngan i ? kerja i bizi, kadang kadang boleh jadi tak balik rumah 2 3 hari. Kalu balik kadang kadang dah pagi. U dah tidoq, u pi keja, i kat rumah, u balik, i dah kuaq pi keja. Sanggup ?"

Kalau kau ? Kau nak jawab apa ? Sedangkan kau dah sayang dia gila vavi neh, dah rasa dia la jodoh kau. Rasa jela, belom tentu lagi. Dah ready anytime ja nak kawen. Nak jawab apa ?

Sanggup ? GILA MENIPU !! OK, Memang la sanggup ! Sayang kan ? Tak nak kena tinggalkan ? SANGGUP ! Sekarang yela, nanti dah lama ? Mula la nak mengungkit, mula nak hangin satu badan, mula nak baling periuk belanga. Kan ? Tak payah tipu !

Ini bukan masalah paham ke tak paham. Memahami pasangan, ya, aku tau ! Tapi perempuan, dah bergelar isteri, apa yang kita kita perempuan ni nak ? Kasih sayang. Dan yang penting PERHATIAN ! Kan ? Mengaku cepat ! HAHA.

Aku tau kau bizi weh, kerja kau tak sama macam orang lain. Kena tak balik rumah 2 3 minggu, kena standby 24jam. Kalau balik dah pagi. Ya, aku tau. Aku paham. TAPI, kita ada 24jam satu hari ! Kau kena pandai bahagi masa kau kalau kau nak ada kerjaya, keluarga, bini, anak, dalam satu masa. 

Kalau kau rasa masa kau hanya untuk kerja kau, jangan cuba cuba nak tamak yang lain jugak.
Ok, maksud aku, tak salah nak bekerjaya, impian kau. Jangan bagi orang halang impian kau. Buat apa kau nak buat. Kejar sampai dapat. Tapi, jangan yang lain berciciran. Dan yang paling penting TANGJUNGJAWAB kau, jangan sesekali abaikan. Kalau tangungjawab kau abaikan. Apa yang kau kejar, kau kejar la sampai bila bila, tak kan dapat.

Aku tak tau apa point aku ! Ok ok aku tau ! Aku Cuma nak cakap, kalau kau bizi sekali pon, jangan abaikan orang yang kau sayang. ITU saja ! Takda point lain ! HAHAHA.

OKBAI.

Monday, April 16, 2012

Hati mati

Bercakap dengan mulut, merasa dengan hati.

Dua benda yang tak mungkin akan sama.

Nasihat boleh, tapi jangan ada benci kalau tak di ikuti.

Sebab yang bercakap guna mulut, yang merasa, HATI.


p/s- Sembang kasi bimbang la bro !



Friday, April 13, 2012

Sesi bercakap dengan JIN !

"Masih marahkan saya?"

"Tak"

"Betul tak marahkan saya?"

"Ya"

"Habis apa awak rasa?"

"Sakit."




p/s : cuba teka sakit apa paling sakit ? PALING sakit !!! T_T

Thursday, February 16, 2012

Harapkan pagar, pagar bunuh diri !

Kalau kau boleh buat untuk 15 hari, diam dan terus hilang !

Aku juga, seumur hidup aku akan diam dan terus hilang !

Semoga kau sempurnakan hidup kau !


Aku dan menyampah dan meluat dengan drama yang mereka cipta !
Dasar sakit jiwa !

Sunday, January 8, 2012

drama bersiri-siri !

paham-paham la yang dah paham tu. bila aku update blog saja. mesti ada yang tak kena ! ya, kalau aku happy, susuh sikit nak hadap skrin, taip, publish !

sekarang aku tengah susah hati. tah la, perkataan apa yang paling tepat selain susah hati aku nak tulis ! nak cakap senang ! tulis susah pulak ! HAHA

aku syak la, aku syak saja la, korang jangan nak pecaya terus pulak syak wasangka aku ni. aku syak kisah hidup aku ni dh boleh di jual kt tv3 ! ya, di jadikan drama ! ya, drama bersiri ! sebab kalau setakat 2 jam ! tak cukup noksss!! panjang ceritanya!

ya, tepat ! ganti cerita tentang dhia ! sebab kisah aku nie dah dekat-dekat nak hampir sama dah. nampak? dah la dekat, hampir lagi ! HAHA. apa punya ayat la !

aku tak kuasa nak layan dan lawan benda aku tak nampak ni ! kalau depan mata, aku boleh kasi penampar je ! ni tak nampak babe ! tak nampak ! apa boleh buat ?

lagi 2 bulan. makin dekat makin macam-macam ! makin tak suka. makin benci. bukan aku, diorg la. apa tak kena pn tak tau ! diam mcm 2 saja ! ingat aku ni anak patung agaknya ! pastu bukan main ligat update fb yg halanya kat aku ! perghhhh !

betul-betul kes tentang dhia ni ! HAHA . pengaruh rakan sebaya betul. eh, pengaruh tv laaa !! xpa, aku dah cakap dah,

menunggu benda yang tak pasti, takpa, aku nak tunggu jugak! ini redha, bukan pasrah!


sekian, aku pasti takkan menjadi semua yang kau mahu ku jadi ! okbai.

Friday, April 22, 2011

entri paling banyak YA!

ok.hari ini.hari yg di tungu2.ya,jumaat.ya,22hb.ya,last day!

ya,ya dan ya lagi.yang bukan ya adalah aku kena tunggu sampai pukul 6 jugak hari ni.

oh ya,aku datang awal hari ni.berkobar-kobar rasa macam kita bako!kita bako!ok.merepek.

kalau la aku hari-hari datang awal dalam minggu ni,sure surat resign aku kena koyak.pastu sure bos aku nages-nages mintak aku tak payah benti.

ok,abaikan ayat di atas yang bermula dengan KALAU itu,kerana itu sememangnya tidak akan berlaku.tidak.tidak sama sekali.mahupun dua kali.kerana yang awal hanyalah hari ni.hari-hari lain semua lewat 2 jam.ya,dua jam ya tuan-tuan dan puan-puan.di ulangi dua jam!!nak ulang lagi sekali tak?ok2.tak payah.ok,aku tak ulang.tak!ini bukan main-main,aku boleh tujuk attndance yang cik HR aku buat.erk!abaikan.

so,aku tanya apa rasa di last day?

takda rasa.payau!

tak tau payau itu apa?tak payah tau.sebab aku tak tau nak explain.


ok.sudah.aku nak pekena maharaja lawak sepam sambil jeling2 FB dan ber-tweet.pastu boleh try mintak balik awal.keja?tak payah buat la.kata last day!ceh!

Wednesday, April 20, 2011

menaip dengan rambut!

ok.lagi sekali.utk sesiapa yang masih lagi membaca blog ni walaupon dah 4 kurun aku tak update,kadang2 ada kadang2 tak berapa nak ada,dan anda masih lagi kurang iman di dada sila abaikan untuk membaca rangkap seterusnya.

edisi mengamuk.tangan di dada mata ke atas sambil kuarkan kata2 lembut.

ok.jap2.sebelum tu last day kerja sblm aku jadi penanam anggur berjaya adalah jumaat ini.ya.minggu ini.ya.dua hari lagi.ya.22hb.ya dan yesss!!!


aku nampak dia on9 kat fb.aku tegur.

awak. -- aku

"Saya dalam operasi mencegah maksiat skrg, sy akn bls chat anda secepat mngkin.. T.kasih" -- auto reply.

aku gelak macam nak mati.

pastu aku paste kat cik HR aku.

die gelak kuat giler eh.sampai aku dengar.dia dlm bilik.bilik dia tepi bilik bos.

pastu kami kena pangil.pastu tak payah tau apa jadi.

takpe.kami dua2 last day jumaat ni.takpe.tak kisah!




ok.tak jadi mengamuk.


bye!